Saturday, December 13, 2008

bangsa dengan Islam mana yang lebih penting

Allah huakhbar dan hidup melayu mane yang sedap di dengor.ader segelintir manusia di muka bumi Allah sanggup mendahulukan duniawi semata mata dengan pelbagai alasan tetapi alasan yang kite selalu dengor "alahhh aper nak kisah sangat waktu muda nie lah kite enjoy dah tua baru tobat,muda sekali jer yop"..ish..ish itu pon kalu sempat umor tua.Tengah joget tak pon yang terbaru nie aper "shuffle"jantung berhenti berdenyut dikala sakaratul maut hampir maka wujudkah lagi erti TUA.
Apakah kita ini lebih barat daripada bangsa barat.dan adakah kite ini terlalu Islam sehinggakan segala bentuk maksiat,bapak segala judi , bapak segala arak, dan yang terbaru perkara yang berlaku di SODOM iaitu sumbang mahram pengkid dan gay telah maharajalela di Bumi Malaysia..dan dengan terbentuknya Islam Hadhari yang dibawa oleh kempinpinan UMNO benar benar membuatkan satu rovolusi baru dimana lebih banyak kemungkaran telah berlaku,orang perorangan mudah berbicara hukum Islam maka wujudlah satu lagi aliran Islam Libreal dimana ianya satu mak satu bapak dengan SEKULER.
Dalam Islam Hadhari sesiapa boleh berbicara segala bentuk Islam TETAPI mereka ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan logik akal dan hukum yang mereka buat meraka reka bersesuaian dan lebih kepada menjaga periuk nasi masing masing.adakah kite peduli Isu Murtad menjadi jadi sejak 5 Tahun kebelakangan ini.dan adakah kite peduli Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad rasul Junjungan kita ini terus di tindas di hina tanpa sebarang pembelaan.
Bila bangsa Melayu di permainkan maka kite bagai dirasuk syaitan.keris pusa di perasap kimiyan,persatuan ayah abng long bersongkok tinggi bersalam raut bercium pipi bangkit yang mana kononya bersiap sedia menentang cina india atau sesiapa sahaja selaian bangsa melayu.slogan "amal makruf nahim munkar"sepatutnya untuk perjuangkan Islam,mengembangkan Islam ,menyokong pembentukan negara Islam dan segala galanya hanya untuk menghalang segala bentuk kemungkaran hanya untukmu Islam.Tapi adakah diantara mereka ini semuanya bersolat berjemaah dimasjid mahupon di surau tidak minum arak dan melakukan zina.aku bukan anti tapi adakah dari kalangan ahli persatuan ini mencium pipi kedua ibubapa mereka seperti mana mereka mencium pipi Ayah Dan Abang Long Mereka.ada daripada kalangan mereka ini masuk untuk mendapat payong supaya mereka ini mudah tarik kereta orang,supaya mereka mudah tunjuk lagak sesama melayu.DAN BILA ISLAM DI TINDAS ADAKAH MEREKA INI PEDULI.aku bukan hangin tapi sekadar teguren agar Ayah dan Abang Long mereka ini ambil ahli yang betui betui bukan main kutip jer.
Kalu nak diikutkan Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Arab.tapi adakah Rasulullah berbangga dengan bangsa arab.Adakah kita ini lagi hebat daripada Rasulullah.membangga diri dengan ketuanan melayu.menghunus keris apabila bangsa melayu dicabar.kita terlalu naif.tidakkah kite terfikir sebenarnya bumi Malaysia ini terlalu kebaratan.adakah kita sedar mengaggongkan bangsa ibarat orang yahudi.Allah itu maha adil dan mengetahui.dijadikan orang yahudi mempunyai pemikiran yang lebih advance dari setiap mahluk yang ada dimuka bumi tetapi kebijaksanaan itu membuatkan mereka menjadi buta dan membuat banyak kemusnahan di muka bumi ini.Tahukah kita Yahudi telah menghafal segala tafsiran di dalam Al Quran.maka Yahudi telah memasang strategi bagaimana untuk menakluki dunia dengan menghalang penyebaran Islam.ini telah terbukti apabila Israel telah diiktiraf sebagai satu negara dimana perdana menteri mereka yang pertama telah mengeluarkan satu bentuk arahan "untuk menjadikan Israel satu negara yang kuat kita harus merenggangkan dan menghalang manusia daripada memahami aper yang terkandung di dalam Al Quran" " dan bila satu ketika kebangkitan Islam maka akan hapus keturunan Yahudi". ini sebenarnya yang terjadi di Malaysia.Lihat bagaimana uasaha kerajaan Barisan Nasional berusaha keras menutup dan mengambil alih sekolah ugama.dengan menghadkan pemahamam mengenai Al Quran maka manusia yang akan dilahirkan selepas ini di Malaysia hanya Islam keturunan dan kita akan sama cara hidup seperti Singapura.
Tiap tiap hari kita membaca Al Fatihah tapi adakah kita tahu tafsiran surah tersebut.Kita di ajar di Sekolah hanya menghafal tapi kita tak di ajar untk memahami surah Tersebut.Di mana silapnya kita.Kita mengatakan Malaysia itu negara Islam tapi adakah kita mengamalkan sistem pemerintahan secara Islam.Kita hanya mengetahui Islam itu solat,berpuasa ,zakat ,mengucap dua kalimah shahadah,dan pergi haji kemekah tapi sebenarnya Islam itu mengandungi segala aspek daripada kebersihan diri,kesihatan astronomi,ekonomi dan segala galanya.Tapi kita disempitkan pemikiran semasa dijajah.kita menyatakan kepada dunia bahawa kita sudah merdeka tapi sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh orang kafir.kita masih lagi mengamal sistem perundangan KAFIR.sebagai contoh ISA adakah itu terkandung dalam hukum Islam.jawap nya TIDAK!Rasulullah semasa zaman pemerintahannya untuk menjatuhkan hukuman terhadap setiap kesalahan pesalah terlebih dahulu membuat siasatan dan mencari bukti agar yang yang tertuduh itu benar benar bersalah atau tidak.Tetapi berbeza dengan ISA dimana pesalah ditahan tanpa bicara.Adakah sistem perundangan sebegini adil dan boleh diterima pakai.Adakah kita ini lagi hebat daripada zaman pemerintahan Rasulullah.aku terkilan apabila Dr.Makmor dengan lantang bersetuju dengan perundangan ISA ini dan lebih menyedihkan lagi menggunakan persatuan PEWARIS satu persatuan melayu yang mempergunakan Islam sebagai tiket membuatkan satu provokasi yang kurang sihat terhadap tahap keselamatan di Malaysia sekarang.
Bodoh punyer alasan dia bagi sebab takut bangsa lain akan membuat onar dalam negara.Pada zaman pemerintahan Rasullullah tiada tahanan atau pesalah tanpa bicara di bicarakan.Untuk pengetahuan semua pada zaman pemerintahan Rasulullah juga terdapat juga orang bukan Islam dan bukan semua bangsa Arab itu beragama Islam.jadi apa bezanya ?Dimana Dr Makmor semasa Dr.Mahatir dengan senang Hati Membuang Alayarham Dato' Ishak Bahrom sebagai Mufti selangor apabila menegur anak melayu beragama Islam memasuki pertandingan Ratu cantik.adakah sebab Dr mahathir datangnya daripada UMNO.dan segala gala daripada UMNO adalah bagus belaka.maka dengan ini jelaslah Dr Makmor mempunyai agenda tersendiri dimana mereka ini sebenarnya adalah daripada UMNO.mereka ini sebenarnya petualang yang mengganggut ketenteraman negara.cuba membawa isu bangsa.dan sehingga mengheret Raja Raja Melayu bersama sama membenci PR.bagi UMNO Kuasa wang adalah segala galanya tetapi mereka mungkin lupa bahawa inilah qada dan qadar daripada Allah setelah sekian lama membuat kemungkaran dalam negara Malaysia

No comments:

Post a Comment