Monday, December 22, 2008

jangan berbicara mengenai hukum Allah kalau kita jahil Ugama




aku adalah sebahagian daripada umat Islam di Malaysia ingin meluahkan isi hati berkaitan dengan isu hukum hakam Islam.aku tak paham sekarang nie mudah benar orang kebanyakan iaitu orang bukan daripada golongan Ulamak bercakap.adakah mereka nie mempunyai latar belakang pendidikan berteraskan Islam.aku rase tidak.tapi dimana sekarang ini mudah daripada kempimpinan UMNO memunipulasikan Islam dalam menjaga kepentingan mereka.dalam AKIDAH ISLAM KALAU SALAH SATU HUKUM TELAH DI INGKARI MAKA BUKAN ISLM LAH IA.ini bukan masalah pengiraan matematik 2-1=1 maka kalau kita tolak hukum Allah seperti yang tekandung didalam Al Quran seperti cara pemakaian yang menutup aurat,hukum Hudud dan qisas di perlekehkan oleh UMNO mana akidah mereka telah hancor.Maka adakah ini adalah isu remeh bagi orang melayu yang kononnya menegakkan Islam. kita dapat lihat UMNO menjadikan Islam sebagai batu loncatan dengan mewujudkan Islam Hadhari.yang mana mereka memaklumkan ianya lebih maju,lebih advance yang mana lebih bersifat universal.tapi adakah mereka terfikir Islam yang Allah turunkan melalaui Para Nabi dan Rasul adalah yang sempurna dan sesuai dengan peredaran zaman.Al Quran adalah sebaik baik wahyu yang Allah turunkan merangkap seluruh kehidupan manusia.tapi kita agong agong kan keadilan yang dibawa oleh orang kafir seperti yahudi dan nasrani.kita anti kepada yahudi dan nasani tapi adakah kia sedar bahawa cara kehidupan seharian kita pada hari ini tidak ubah seperti mereka.cara perbankan pon ikut orang kafir.cara berfikiran seperti orang kafir secara libreral,cara menjatuhkan hukum ikut orang kafir dan memenjarakan tanpa dibicara adalah hukum daripada orang kafir. maka dimana Sistem pentadbiran Secara Islam yang digembargemburkan oleh UMNO yang Malaysia adalah Negara Islam.kita masih terikut ikut telunjuk orang kafir.KITA JAGAN SEMPITKAN ORANG KAFIR KEPADA INDIA DAN CINA SAHAJA.SKOP KAFIR MENYELURUH JIKA MENGINGKARI PERINTAH ALLAH DIA ADALAH KAFIR TERMASUKLAH MELAYU YANG MENOLAK HUKUM ALLAH JUGA ADALAH KAFIR. kita pada hari ini belajar sahaja tinggi tapi otak sempit.KITA LIHAT BANGSA ARAB KITA TELAH MENGATAKAN MEREKA ADALAH BERAGAMA ISLAM.maka disitu kita membuat pelbagai andaian yang konon nya Islam arab lagi dasyat cara pemakaian kalahkan orang kafir.TETAPI ADAKAH KITA TAHU ARAB ITU BERAGAMA ISLAM.MAKA ADA MENYATAKAN BAHAWA KALAU BANGGA DENGAN BANGSA MAKA SAMALAH KITA DENGAN BANGSA YAHUDI YANG MANA TERLALU MENGAGONGKAN BANGSA MEREKA.DAN DISINI DAPAT DISIMPULKAN BAHAWA UMNO MELAYU PON TAK JAUH BEZA DENGAN YAHUDI TERLALU BANGGAKAN BANGSA. kita pada hari ini mestilah selalu berjamaah kemasjid.belajar ilmu berkaiatan dengan Islam dengan selalu menghadiri kuliah kuliah yang dianjurkan di masjid masjid.ini adalah sebagai ganjaran dan amalan yang kita akan bawa ke akhirat.Kehidupan didunia ini pelbagai hasutan syaitan dan lagi satuJangan menuntut dengan Ustaz yang memperjuangkan UMNO sebab akidahnya dah hancus.bila kita menuntut Ilmu Ugama Islam maka terasa kerdillah lagi diri kita maka masalah kroni,makan suap,makan gaji buta,menjaga maruah sesama umat Islam dan sebaainya dapat dieratkan lagi dengan ini kita dapat memilih pemimpin yang sebenar benar yyang memperjuangkan islam

Sunday, December 21, 2008

"perhimpunan" SiApA yG menENtuKan IaNya Salah Atau tiDak



aku buka tv sebab dah lame tak tgk berita jam 8.aku pon buka siaran tv 3 dalam dok syok layan layan Musa Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan JERIT adalah salah satu sistem "democrazy" bukan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.malah polis telah menahan beberapa remaja dan kanak kanak dalam perhimpunan JERIT tersebut.aper yang memushkilkan aku siapa sebenarnya yang menetukan kesalahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia POLIS atau Mahkahmah yang menetukan.Aper yang aku belajar POLIS wujud disebabkan utk "menjaga"kentetaraman negara bukan menjatuhkan hukuman samada ianya salah atau tidak. Aper yang aku nak tekankan disini APA HAK MUSA HASSAN menyatakan perhimpunan tersebut mengamalkan sistem "democrazy".adakah Musa Ini betul betul memahami sistem demokrasi.dalam perlambagaan domokrasi rakyat berhak membuat satu bentuk demontrasi yang mana ianya tidak menggangu gugat keselamatan seluruh rakyat Malaysia.aku rase masa remaja dan bukan remaja ini mengayuh basikal orang lain boleh melakukan tugasan mereka seperti biasa, boleh makan seperti biasa,boleh bersolat di masjid seperti biasa dan dalam erti kata lain nutural dan tidak darurat.Itu adalah hak rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan.Hanya berbasikal bukan bawa senjata M -16.polis boleh menjalankan tugasan mereka tapi apa salah dan dosa kanak kanak utk mereka tangkap.adakah kanak kanak ini membaling objek kepada polis atau kepada sesiapa yang ada disitu.adakah kanak kanak ini merosakan harta benda awam sehinggakan mereka disoal siasat. Adakah dengan cara ini Skuad Musa Hassan nak tunjuk taring bahawasanya skuadnya hanya berani kepada remaja dan kanak kanak sahaja.banyak lagi jenayah yang harus dijaga oleh POLIS.aku bukan anti polis.Member aku pon banyak POLIS,bapak saudara aku pon POLIS.tapi disebabkan tindakan Musa Hassan menyebabkan Badan POLIS menjadi busuk.Untuk apa ditangkap kanak kanak tersebut.mereka pon ada hak untuk bersuara.mungkin ada daripada kalangan mereka adalah anak anak kepada tahanan ISA.bagi aku Musa Hassan tak heran kalau bapak dia HASSAN ditangkap dan dimasukkan ke ISA.ditahan tanpa dibicara.Hukum Islam mana yang menyatakan boleh menahan orang tanpa dibicara.ITU ADALAH HUKUM ORANG KAFIR.Perhimpunan demontrasi adalah baik untuk membentuk seorang remaja sayangkan kadaulatan agama dan negara.melahirkan pelapis yang berjiwa mahukan kemerdekaan.melahirkan pelapis yang mahukan kepimpinan yang bersih.Sebagai rakyat Malaysia mereka harus memahami undang undang.mereka harus belajar tentang undang undang kerana PEMIMPIN MALAYSIA YANG ADA SEKARANG sering menakutkan rakyat dengan undang undang mereka.MEREKA INI MENAFIKAN HAK RAKYAT DENGAN ENGGUNAKAN UNDANG UNDANG.MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA BUTA UNDANG UNDANG.MEREKA MENGGUNAKAN KUASA VIKTOR UNTUK MELUMPOHKAN RAKYAT YANG INGINKAN KEMERDEKAAN YANG SEBENAR BENARNYA.

Thursday, December 18, 2008

banyak memahami Al QURAN daripada merujuk kepada majalah yang tak berfaedah


aku memang malas nak baca majalah,bukan aper banyak sangat iklan isi kandung kureng.nampak jer tebal tapi pengisian tak der.aper yang pelik majalah megenai remaja tidak di tapis sebelum mencetak dan seterusnya berada dalam pasaran.kebanyaka majalah remaja menjurus kepada cinta ,permasalahan dengan boy atau girl ,mak bapak tak take care masalah yang tak sepatutnya di bicara secara terbuka.
bukan aku anti sosial tetapi aper yang jadi masalah pada aku yang banyak masalah yang mengadu cinta,masalah keluarga datangnya daripada masyarakat melayu.ish ish sedih aku tengok bagaimana orang yang berpegang kepada ajaran sekuler boleh melalaikan orang melayu yang kononnya Islam .orang yahudi dan nasrani akan cuba melalaikan umat Islam di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai helah.salah satu melemahkan hati mereka dengan cara bergaul tanpa batasan.hasutan syaitan selalunya menang bila mana manusia itu sendiri lupa kepada tuhan mereka yang satu Allah huakhbar.dalam majalah juga memperkenalkan fesyen fesyen baju yang agak keterlaluan seksi yang mana tidak sesuai kepada kita umat Islam.Tips tips bagaimana untuk menjadi pasangan sejoli dan yang tidak berkaitan sebelum kahwin amat amat menduka citakan sebab perkara seperti ini mengalakkan kita ke arah kemungkaran kemaksiatan dan akhir seali tejerumus kearah zina.
mungkin orang ingat aku berfikiran primatif.jika kita belajar majalah bagaimana cara membuat kek mungkin esok lusa kita akan beli barangan utk membuat kek dan seterusnya bancuh dan bakar kemudian jadilah ia kek.begitu lah kalau kita membaca majalah cinta atau bahan bacaan mengenai remaja sebelum berkahwin maka kita mahukan di belai sepertimana yang telah kita baca dan perkara ini akan membuatkan kita lalai sehingga berlakunya maksiat tanpa kita sedari atau tidak.Iblis sentiasa membisikan benda benda yang mana bleh menghumbankan kita kedalam api neraka.
tapi adakah kita fikir itu semua.kita hanya mementingkan keuntungan dengan hasil jualan majalah tersebut dan adakah kita terfikir kita teribat secara langsung menggalakkan remaja sekarang ke arah kemaksiatan.Kenapa kita tidak sahaja memperbanyakkan membaca Al Quran kerana didalamnya terdapat 1000 satu rahsia yang mana tidak kita ketahui.Manusia pada hari ini menyatakan Al Quran tidak releven digunakan sebagai rujukan pada hari ini kerana tidak selari dengan keadaan semasa...MasyaAllah..Di dalam Al Quran terdapat surah "Kemenangan"surah "taubah"mengenai cara "bersyukur"cara hidup "kesederhanaan"cara "kehidupan"secara menyeluruh.dalam Al Quran juga menceritakan bagaimana kite harus atau ciri ciri yang perlu ada dalam memilih suami dan isteri.semua yang terdapat didalam Al Quran adalah sepanjang zaman tapi adakah kita cuba memahami aper yang terkandung didalam Al Quran.Kita agong agongkan cara hidup orang kafir cara hidup selebriti cara kerja dan ciptaan mereka tetapi adakah kita terfikir bahawa ORANG KAFIR SEPERTI YAHUDI DAN NASRANI CUBA MEMAHAMI AL QURAN CUBA MENIRU CIPTAAN ORANG ISLAM CUBA MENIRU PERUBATAN ISLAM .mereka ini menggunakan ciptaan tersebut kejalan yang mungkar dan menghapuskan orang Islam.
Didalam Al Quran ada menyebut yahudi dan nasrani akan cuba melalaikan umat Islam dengan apa jua cara sekalipon.mereka juga cuba menjauhkan diri umat Islam daripada terus memahami isi kandungan Al Quran.mereka akan melambakkan kelalaian tanpa batasan kepada umat Islam.maka sebagai Umat Islam berhati hatilah dan dekatkan diri anda dengan Allah.jadilah manusia yang disayangi Allah dan jauhkan daripada segala larangan -Nya.

Monday, December 15, 2008

Hidup biaR aDer rAnTAian Dan KItaRaN




Aku Suker bila berbicara mengenai kehidupan.sebab kalau hidup tak campor masyarakat ibarat "katak dibawah Tempurung"dan kalau kata bidalan yang moden "ibarat hidup di kondominium"dua dua same.kalau katak takan nak samakan dengan manusia sebab Allah menjadikan manusia sebaik baik makhluk untuk menjadi khalifah dimuka bumi menjaga alam daripada kerosakan dan yang paling utama mengajak manusia supaya patuh segala perintah Allah.tapi kalau dari istilah kondominium boleh lah kita samakan dengan manusia kerana hanya manusia sahaja yang mampu memiliki sebuah kediaman mewah dan tersegam indah ader kolam renang ader pak guard ader parking berbayar pendek kata kalau setakat koje Gaji RM 3000 rentikan nak duduk kat sane.
Bukan pasai sewa atau ansuran rumah nak di bicarakan tapi bagaimana life style individu yang menginap disana yang maner kebanyakan 98%tak kenal jiran sebelah menyebelah.adakah ini sifat sebenar orang melayu pada hari ini yang mane berpegang pada prinsip "hal engkau kau punyer pasal dan hal aku aku punyer pasal"dimane silapnya kita pada hari ini masyarakat melayu kurang mengamalkan sikap "tidak menjaga tepi kain orang".jaga tepi kain orang bagi aku bukan nyer "kepo"tapi banyak manafaat kite perolehi sebagai contoh jika jiran kita balik kampong jiran sebelah dok bertanye,jika rumah masuk pencuri boleh terus telipon polis.lagi satu ia juga dapat meyelamatkan anak anak daripada menjadi mangsa najis dadah.mula mula hisap rokok,lepas tu hisap ganja dah taktau nak stim camner ambik jarum dia cucuk sana dia cucuk sini.kalu dari mula orang sekeliling kita jaga tepi kain mungkin gejala ini dapat dikurangkan.macam aku zaman sekolah dulu agak nakal sikit aku belasah budak,hisap rokok ponteng klass ponteng trainning rugby tapi diatas tindakan segera "jaga tepi kain aku"cikgu cikgu dengan meeport kat bapak aku dan di belasah aku sekarang bersyukur pada Allah kerana masih ader orang ambik berat kat aku.dan sekarang aku berterima kasih sangat sangat kat cikgu atas sikap diaorang walaupon aku dirotan dibelasah masa perhimpunan tapi sikit pon aku tak simpan dendam.bukan macam pelajar sekarang muka jer baik tapi perangai macam setan.ader patut cikgu bertembung dengan murid cikgu yang mengelak.aper lagi makin naik kepala ler budak budak muda sekarang nie.mungkin sebab asuhan bapak diaorang yang menyebabkan jadi macam tue.dan lagi satu bile cikgu rotan mak bapak masuk campor.aku rase mak bapak yang masuk campor sampai report report polis nia deme rase anak deme baik macam deme mase sekolah dulu.mak bapak sharusnya tidak terus menyerang guru dulu periksa terlebih dahulu.ya mungkin anak diaorang baik tapi baik kat rumah jer tapi kat luar macam setan.Anak muda sekarang tak ader perasaan malu.aku dulu mase time nak sign report card mati hidup balik bapak aku tak datang dah tentu berjele cikgu akan cakap tentang aku kat sekolah.dan mase tue aku tahu aku nie memang banyak buat salah dan silap.korang tak malu ker member aku yang dapat corot pon mak bapak dia datang dan yang aku duduk class rancangan khas pon bapak malu nak datang semuanya sebab aku.aku akui IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARIPADA AYAH YANG BERTAQWA dan sekarang aku cuba memperkemaskan kembali diri aku dengan cuba mendekatkan diri dengan Allah.aku dapat rasekan kedaiman yang aku cari cari selama ini walaupon kadang kadang kesibukan aku membataskan program yang aku cube aturkan.
aku lihat pada hari ini kehidupan memang betui betui berubah.anak anak sekolah tak kira ren @ men masing masing ader hand phone.bagi mak bapak bagi memudahkan memantau anak anak mereka tapi sebenarnya mereka silap.kesilapan yang besar sebab teknologi yang canggih akan menyebabkan kerosakan akhlak tanpa kite sedari.dan dengan mase yang same anak anak ini mula belajar menipu bila mak bapak call cakap kat library pada hal entah kemana menjoli katak.memang tak der hp pon anak anak boleh menipu tapi dengan cara lain tapi dengan adenyer hp lagi mudah menipu dengan melibatkan kawan kawan yang sekepala penipu.dan amat menyedihkan lagi ianya menjurus kepada masalah sosial bertambah tambah dengan kepandaian anak anak muda mendownload cerite cerite orang "miskin" dan paling membimbangkan mendorong anak anak sekolah "bercinte" sebelum waktunye.ini sebenarnya mak bapak patut pikirkan sebelum mengangap ianya adalah satu sistem komunikasi bagi memudahkan mereka memantau anak anak yang jauh dimata.Aku sendiri pakai hp pada tahun 1998 dan talifon pertama aku jenama segam.dan aper yang aku nak tekankan disini bukan mak bapak aku yang belikan tapi aku puas sebab aku gunakan duit aku sendiri dengan cara bekerja semasa menunggu keputusan SPM.aku memang diajar oleh bapak aku kalau nak aper kamu cari sendiri.dan sebagai anak laki aku patut menyahut cabaran dan aku telah buktikan sehingga sekarang.maka kalau aku dalam keadaan macamana sekali pon aku boleh servivor InsayaAllah.aku tak kisah kalau mak bapak diaorang datang daripada keturunan kaya.dan aku tak kisah kalau diaorang nak perhabis duit diaorang kat anak anak mereka tapi diaorang kene kisah kalau anak anak diaorang tak reti "berdikari" dan terlalu mangharapkan "subsidi."kepada mak bapak dan masyarakat semua kita diajar hidup bermasyarakat dan bukan diajar cara hidup komunis.dan jangan salahkan masyarakat sekeliling jika ader yang mengadu mengenai anak atau keluarga kite.sebab hidup yang bercampor masyarakat Isyallah dapat meburangkan masalah sosial dan aku nak pesan juga kepada masyarakat kita jaga tepi kain orang dengan tujuan yang baik untuk mencegah kemungkaran bukan jaga tepi kain dengan niat utuk memburukan orang dan membuat aniaya orang lain

Sunday, December 14, 2008

BiLa MaNusIa MeLAwAn FikRah AllaH



kecoh sebelum hari Raye Aildiladha lagi isu kes tanah runtuh kat bukit antarabangsa.dalam waktu itu mulalah episod tunding jari antara jabatan A dengan jabatan B sampailah ke jabatan Z.yang paling menyeronokakan melihat kebodohan jawapan daripada Jabatan yang terlibat yang ringkas simple kenapa tidak diambil pengajaran daripada keruntuhan highland Tower.dan dan tue lah isu tersebut menjadi jarak pengukur di sebabkan bencana yang diklasfikasikan oleh orang yang tidak beriman sebagai bencana alam.
Dalam ayat Al Quran Allah ada menyembutkan dalam firman Nya "Aku menjadikan gunung ganang bukit bukau sebagai pasak(paku) bumi" maka dalam kes yang sedemikian kita tidak boleh disklafikasikan sebagai bencana alam kerana ianya adalah BALA yang diturunkan oleh Allah bagi menyedarkan makhlukNya diatas kerosakan dan kerakusan yang telah dilakukan oleh mereka.dalam hal yang sedemikian banyak perkara yang perlu diambil iktibar.aku tertarik dengan kritikan yang diberikan oleh pengacara nasi lemak kopi o saudari Mek diatas keterbukaan kritikan diatas kejadian yang berlaku di bukit antarabangsa.dia menyatakan bahawa rumah yang dibina terlalu mewah tapi sayang sekali rumah ibadah yang terdapat dibukit antarabangsa hanya sebesar posh kereta.ini bukan direka oleh dia tetapi itulah hakikat nya kenapa dia berpindah daripada kawasan bukit antarabangsa.
Allah menjadikan bukit gunung ganang selaian daripada menjadi pasak bumi ianya bertujuan sebagai satu kawasan tadahan hujan,sebagai penghalang daripada berlakunya ribut taufan puting beliung.Lihat sahaja di gurun gurun luas terbentang bagaimana angin ribut taufan begitu kuat sehingga boleh menggangkat apa saja .maka bila manusia sudah membelakangkan apa yang tertulis dalam Al Quran dan mengikut nafsu dan logik akal maka manusia pada hari ini saling tidak tumpah seperti Firaun yang mana menidakkan kewujudan Allah
Ape yang meyedihkan lagi semasa isu tanah runtuh ini,penduduk di bukit antarabangsa ini menyalahkan pelbagai pihak termasuk polis dan askar yang banyak membantu mereka.ada yang tidak mahu berpindah kerana takut harta benda mereka di curi,ada yang tidak mahu berpindah kerana rumah yang di bina jutaan ringgit,dan ada yang tidak mahu berpindah sebab tidak mahu menumpang tidur di tempat pemindahan sementara.ape yang aku ingin nyatakan disini mereka ini semua nya lupa daratan dan hati mereka menjadi gelap disebabkan mata dan otak mereka lebih memikirkan harta benda.aku tahu mereka yang tinggal di bukit antara bangsa memang orang kaya datuk datuk tan sri tan sri. tapi kalu mereka selalu mengingati Allah mereka harus berasa bersyukur kerana nyawa mereka tidak melayang dan mereka juga dijaga dan diberikan bantuan secukupnya.Jika kejadian seumpama berlaku di sri gombak,bukit beruntung ker atau kawasan kawasan pendalaman adakah polis dan askar bertungkus lumus membuat jambatan membuat kad @ pas sementara dan membuat rondaan bagi menjaga harta benda.jwapan nya YA JIKA KAWASAN TERSEBUT DIPENGHUNI OLEH DATO' DATO' DAN TAN SRI TAN SRI.
Antara percaya atau tidak BALA yang Allah turunkan ini adalah daripada sumpah laknat yang di buat oleh Saiful Bukhari n Famili.maka sumpahan yang dibuat mungkin telah termakan tuan dimana 40 buah rumah utara,barat, timur , selatan akan ditimpa KECELAKAAN.ini bukan cerita dongeng atau sengaja direka reka tapi itulah BUKTI KEKUASAAN DAN KEASAAN ALLAH.kepada penghuni bukit antarabangsa aku mengucapkan takziah.tapi dalam aper yang berlaku ini adalah hikmah.kita renong kembali diri kita.lihat dimana salah dan silapnya cara hidup kita yang mana selama ini Halal tau sebaliknya.kita harus bersyukur kerana Allah masih sayang kepada kita dan sedar diatas tindak tanduk yang telah kita lakukan selama ini.

Saturday, December 13, 2008

bangsa dengan Islam mana yang lebih penting

Allah huakhbar dan hidup melayu mane yang sedap di dengor.ader segelintir manusia di muka bumi Allah sanggup mendahulukan duniawi semata mata dengan pelbagai alasan tetapi alasan yang kite selalu dengor "alahhh aper nak kisah sangat waktu muda nie lah kite enjoy dah tua baru tobat,muda sekali jer yop"..ish..ish itu pon kalu sempat umor tua.Tengah joget tak pon yang terbaru nie aper "shuffle"jantung berhenti berdenyut dikala sakaratul maut hampir maka wujudkah lagi erti TUA.
Apakah kita ini lebih barat daripada bangsa barat.dan adakah kite ini terlalu Islam sehinggakan segala bentuk maksiat,bapak segala judi , bapak segala arak, dan yang terbaru perkara yang berlaku di SODOM iaitu sumbang mahram pengkid dan gay telah maharajalela di Bumi Malaysia..dan dengan terbentuknya Islam Hadhari yang dibawa oleh kempinpinan UMNO benar benar membuatkan satu rovolusi baru dimana lebih banyak kemungkaran telah berlaku,orang perorangan mudah berbicara hukum Islam maka wujudlah satu lagi aliran Islam Libreal dimana ianya satu mak satu bapak dengan SEKULER.
Dalam Islam Hadhari sesiapa boleh berbicara segala bentuk Islam TETAPI mereka ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan logik akal dan hukum yang mereka buat meraka reka bersesuaian dan lebih kepada menjaga periuk nasi masing masing.adakah kite peduli Isu Murtad menjadi jadi sejak 5 Tahun kebelakangan ini.dan adakah kite peduli Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad rasul Junjungan kita ini terus di tindas di hina tanpa sebarang pembelaan.
Bila bangsa Melayu di permainkan maka kite bagai dirasuk syaitan.keris pusa di perasap kimiyan,persatuan ayah abng long bersongkok tinggi bersalam raut bercium pipi bangkit yang mana kononya bersiap sedia menentang cina india atau sesiapa sahaja selaian bangsa melayu.slogan "amal makruf nahim munkar"sepatutnya untuk perjuangkan Islam,mengembangkan Islam ,menyokong pembentukan negara Islam dan segala galanya hanya untuk menghalang segala bentuk kemungkaran hanya untukmu Islam.Tapi adakah diantara mereka ini semuanya bersolat berjemaah dimasjid mahupon di surau tidak minum arak dan melakukan zina.aku bukan anti tapi adakah dari kalangan ahli persatuan ini mencium pipi kedua ibubapa mereka seperti mana mereka mencium pipi Ayah Dan Abang Long Mereka.ada daripada kalangan mereka ini masuk untuk mendapat payong supaya mereka ini mudah tarik kereta orang,supaya mereka mudah tunjuk lagak sesama melayu.DAN BILA ISLAM DI TINDAS ADAKAH MEREKA INI PEDULI.aku bukan hangin tapi sekadar teguren agar Ayah dan Abang Long mereka ini ambil ahli yang betui betui bukan main kutip jer.
Kalu nak diikutkan Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Arab.tapi adakah Rasulullah berbangga dengan bangsa arab.Adakah kita ini lagi hebat daripada Rasulullah.membangga diri dengan ketuanan melayu.menghunus keris apabila bangsa melayu dicabar.kita terlalu naif.tidakkah kite terfikir sebenarnya bumi Malaysia ini terlalu kebaratan.adakah kita sedar mengaggongkan bangsa ibarat orang yahudi.Allah itu maha adil dan mengetahui.dijadikan orang yahudi mempunyai pemikiran yang lebih advance dari setiap mahluk yang ada dimuka bumi tetapi kebijaksanaan itu membuatkan mereka menjadi buta dan membuat banyak kemusnahan di muka bumi ini.Tahukah kita Yahudi telah menghafal segala tafsiran di dalam Al Quran.maka Yahudi telah memasang strategi bagaimana untuk menakluki dunia dengan menghalang penyebaran Islam.ini telah terbukti apabila Israel telah diiktiraf sebagai satu negara dimana perdana menteri mereka yang pertama telah mengeluarkan satu bentuk arahan "untuk menjadikan Israel satu negara yang kuat kita harus merenggangkan dan menghalang manusia daripada memahami aper yang terkandung di dalam Al Quran" " dan bila satu ketika kebangkitan Islam maka akan hapus keturunan Yahudi". ini sebenarnya yang terjadi di Malaysia.Lihat bagaimana uasaha kerajaan Barisan Nasional berusaha keras menutup dan mengambil alih sekolah ugama.dengan menghadkan pemahamam mengenai Al Quran maka manusia yang akan dilahirkan selepas ini di Malaysia hanya Islam keturunan dan kita akan sama cara hidup seperti Singapura.
Tiap tiap hari kita membaca Al Fatihah tapi adakah kita tahu tafsiran surah tersebut.Kita di ajar di Sekolah hanya menghafal tapi kita tak di ajar untk memahami surah Tersebut.Di mana silapnya kita.Kita mengatakan Malaysia itu negara Islam tapi adakah kita mengamalkan sistem pemerintahan secara Islam.Kita hanya mengetahui Islam itu solat,berpuasa ,zakat ,mengucap dua kalimah shahadah,dan pergi haji kemekah tapi sebenarnya Islam itu mengandungi segala aspek daripada kebersihan diri,kesihatan astronomi,ekonomi dan segala galanya.Tapi kita disempitkan pemikiran semasa dijajah.kita menyatakan kepada dunia bahawa kita sudah merdeka tapi sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh orang kafir.kita masih lagi mengamal sistem perundangan KAFIR.sebagai contoh ISA adakah itu terkandung dalam hukum Islam.jawap nya TIDAK!Rasulullah semasa zaman pemerintahannya untuk menjatuhkan hukuman terhadap setiap kesalahan pesalah terlebih dahulu membuat siasatan dan mencari bukti agar yang yang tertuduh itu benar benar bersalah atau tidak.Tetapi berbeza dengan ISA dimana pesalah ditahan tanpa bicara.Adakah sistem perundangan sebegini adil dan boleh diterima pakai.Adakah kita ini lagi hebat daripada zaman pemerintahan Rasulullah.aku terkilan apabila Dr.Makmor dengan lantang bersetuju dengan perundangan ISA ini dan lebih menyedihkan lagi menggunakan persatuan PEWARIS satu persatuan melayu yang mempergunakan Islam sebagai tiket membuatkan satu provokasi yang kurang sihat terhadap tahap keselamatan di Malaysia sekarang.
Bodoh punyer alasan dia bagi sebab takut bangsa lain akan membuat onar dalam negara.Pada zaman pemerintahan Rasullullah tiada tahanan atau pesalah tanpa bicara di bicarakan.Untuk pengetahuan semua pada zaman pemerintahan Rasulullah juga terdapat juga orang bukan Islam dan bukan semua bangsa Arab itu beragama Islam.jadi apa bezanya ?Dimana Dr Makmor semasa Dr.Mahatir dengan senang Hati Membuang Alayarham Dato' Ishak Bahrom sebagai Mufti selangor apabila menegur anak melayu beragama Islam memasuki pertandingan Ratu cantik.adakah sebab Dr mahathir datangnya daripada UMNO.dan segala gala daripada UMNO adalah bagus belaka.maka dengan ini jelaslah Dr Makmor mempunyai agenda tersendiri dimana mereka ini sebenarnya adalah daripada UMNO.mereka ini sebenarnya petualang yang mengganggut ketenteraman negara.cuba membawa isu bangsa.dan sehingga mengheret Raja Raja Melayu bersama sama membenci PR.bagi UMNO Kuasa wang adalah segala galanya tetapi mereka mungkin lupa bahawa inilah qada dan qadar daripada Allah setelah sekian lama membuat kemungkaran dalam negara Malaysia

Thursday, December 11, 2008

Salamzzzzzzzzzzzzz


blog nie ape yang aku nak luahkan.bukan sebab aku sempurna tapi untuk kkesejahteraan bersama.kalu aku salah orang lain boleh tegur dan aku takan ambik kesempatan untuk menggunakaan sistem ISA untuk menuju ke jalan yang benar.Segala kebaikan datangnya daripada ALLAH dan keburukan dan kelemahan daripada aku sendiri