Thursday, February 12, 2009

bila kita dah nyayuk tapi berasa muda



Nyayuk adalah satu sifat yang selalu ditujukan kepada golongan warga Tua atau dalam bahasa yang sedap didengar adalah warga emas.tapi adakah kita terfikir kenapa manusia boleh jadi nyayuk boleh jadi pelupa dan ade ketika boleh hilang pertimbangan.Adakah golongan daripada warga Perak tidak terlepas daripada penyakit tersebut.Ada yang jawap YA dan Ada yang kata TIDAK
aku bukan nak berbicara mengenai nyayuk ataupon penyakit pelupa tetapi aku ingin meluahkan aper yang terbuku dalam kotak fikiran aku.UMNO sebenarnya ketandusan idea dalam mentadbir negara Malaysia.mereka ini ibarat sebuah kereta lama yang tidak pernah diservice dari mula ianya dibeli.yang dia tahu bile minyak petrol habis dia isikan,jika tayar kereta dah botak dia tukarkan jika dah rosak teruk takyah repair repair biar kerete tue reput je kat situ.maka dia tak mendapat merasa pengalaman dan nikmat menaiki kereta jenama lain kerana dalam kotak fikiran mereka banyak memikirkan risiko daripada menyelesaikan risiko atau dalam ertikata lain play save.Lihat sahaja pada hari ini siapa yang pada hari ini mereka tidak dapat menerima hakikat ada Pemimpin yang lebih baik daripada barisan mereka maka kerana pemimpin yang lain selalu bertukar tukar kereta dan boleh menceritakan kereta yang mana mempunyai condition yang bagus connering yang best dan yang penting kereta mana maintenance keretanye yang flaksible dan yang penting ianya tak tinggi.ianya tidak jauh bezanya dengan mentadbir sesebuah organisasi mahupon besar atau kecil.jika seseorang itu memiliki skop pandangan yang luas disebabkan dek pengalaman,kebajikan,ketulusun dan keikhlasan maka sistem kerjanya tentu world berbanding dengan seseorang yang tidak mahu keluar daripada kempompongnya sendiri maka skop pemikiranya adalah terhad dan kadang kala keputusan yang dibuat akan membuatkan sesuatu organisasi menjadi porak peranda.MANUSIA MEMANG SUKA MENOLAK USUL ATAU ERTI KATA LAIN MEMBANGKANG TAPI ADAKAH SELEPAS MEMBANGKANG SESUATU USUL ITU KITA GANTIKAN DENGAN CADANGAN YANG LAIN.itulah yang terjadi pada UMNO mereka membangkang setiap usul yang diberikan oleh PAKATAN RAKYAT tapi tidak satu pon usul yang keluar daripada YB UMNO yang aper ader mereka lebih suka merancuni pemikiran rakyat jelata supaya membenci PAKATAN RAKYAT walau dengan ape cara sekalipon. Pernah kita ambil Iktibar daripada cerita SINGAPURA DILANGGAR TODAK.Situasi yang sama jugak berlaku di Perak tapi Perak tak di langgar TODAK tetapi dirampas hak.HANG NADIM adalah seorang budak yang bijak sana dan memiliki satu pandangan yang luas dan terkehadapan daripada kanak kanak yang seusia dengannya.Kemanan Singapura menjalani kehidupan seharian disetap dengan peristiwa nelayan di serang sekumpulan Ikan Todak.dan ianya berlarutan sehingga sesiapa yang ambil angin atau bermain ditepian laut turut diserang Ikan Todak. MENTERI MENTERI KEBINET Singapura mengambil peluang ini utuk menjadi HERO atau mendapat namamencadangkan kepada SULTAN agar membuat benting daripada badan manusia.Maka SULTAN pada ketika itu mungkin dah disogok dengan kata kata dan omong omong yang best giler terus terima tanpa memikirkan perasaan dan hak manusia sebagai rakyat.maka dari hari ke sehari ratusan nyawa manusia melayang bukan akibat dihentam oleh FRU atau BOM ASAP tapi ditikam dengan muncung Ikan TODAK.maka SULTAN Singapura pada ketika itu menjadi tak karuan sebab rakyat membuat SOLAT HAJAT MUNAJAT agar Allah Taala menunjukan jalan yang benar.Dengan Izin ALLAH maka muncullah penyelamat CILIK mencadangkan kepada SULTAN agar dibuat benteng menggunakan BATANG PISANG.maka MENTERI YANG TERLIBAT yang selama ini merasakan diri mereka teramat pandai dan yang kuat jilat terasa tercabar.Lihat dengan cadangan HANG NADIM yang menjadi maka MENTERI YANG TERLIBAT terasa kedudukan mereka terancam Menyembah menghadap SULTAN agar dibunuh sahaja HANG NADIM ini kerana walaupon masih kecil tetapi dapat berfikir secara profisional dan matang.Kalau dibiarkan Hang Nadim hidup bila dia besar nanti akan menjadi pemberontak dan mengadakan demontrasi jalanan untuk manjatuhkan Sultan.Maka setelah dipikir cadangan MENTERI dan di sokong oleh MUFTI pada ketika itu maka SULTAN menitahkan agar Hang Nadim di HUMBAN DITENGAH LAUT.maka terjadilah episod SEMBAH DERHAKA IBUBAPA HANG NADIM agar hukuman mati tidak diteruskan kerana niat sebenar HANG NADIM adalah ikhlas hendak menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi SINGAPURA.Hukuman diteruskan maka MEENTERI MENTERI YANG KAKI JILAT merasakan puas kerana tiada lagi RAKYAT YANG AKAN BERANI BERSUARA ATAU MEMBERIKAN CADANGAN keranan misi mereka adalah BIAR MEREKA YANG PIMPIN NEGARA DENGAN APA JUA CARA DAN BIARLAH RAKYAT DI PERAH KERINGGAT TANPA RAKYAT BERTANYA KENAPA DAN MENGAPA SEBABNYA? maka kejadian Singapura dilanggar TODAK sedikit sebanyak bersamaan dengan apa yang terjadi di Perak.UMNO tidak mahu melihat rakyat memiliki hak untuk bersuara walaupon mereka ini menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.UMNo juga menggunakan tipu muslihat untuk mengenepikan hak rakyat sebagai memilih pemimpin.Tiada bezanya nasib HANG NADIM DENGAN PAKATAN RAKYAT tapi yang membezakan kedua dua setuasi ialah rakyat sudah muak mengikut telunjuk pemimpin yang membelakangi rakyat.Rakyat sentiasa di tipu dan terus di tipu sehinggakan SUARA RAKYAT DIANGGAP PENDERHAKA,SUARA RAKYAT DISOGOK DENGAN WANG RINGGIT DAN SUARA RAKYAT DIJADIKAN SEBAGAI PENCENTUS HURU HARA. Rakyat seharusnya boleh bersuara kerana rakyat yang membayar cukai.pergi membeli belah rakyat dikenakan cukai,isi minyak petrol rakyat membayar subsidi kepada negara
,makan makanan segera,di food court,di PLUS semua nya dikenakan cukai dan ianya dibayar oleh rakyat.Rakyat juga membayar cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan ,membayar socso dan kwsp maka WAJAR RASENYA RAKYAT BERSUARA UNTUK MENUNTU KEADILAN.GAJI MENTERI PON RAKYAT BAYAR kenapa mesti di ZIP mulut rakyat TEPUK DADA TANYA IMAN

Wednesday, February 11, 2009

Bia mana manusia terus melupakan kuasa Allah







sedap sengguh hujah daripada salah seorang org Kuat UMNo bila mana mereka merasakan diri mereka ditindas semasa pemerintahan PAKATAN RAKYAT dan lebih Islamic lagi bila mana menyatakan PAKATAN RAKYAT mestilah menerima Qada Qado daripada Allah....subhanallah inilah ungkapan daripada seorang Pak Menteri yang kononya bercakap tentang Islam.
adakah mereka terfikir bila mana mereka mengganas dengan rakus merampas Kuasa daripada gemgaman kuasa daripada PAKATAN RAKYAT.membuatkan PAKATAN RAKYAT seperti pelarian dalam mentadbir negeri sendiri.INI bukan hak UMNo untuk merampas kuasa daripada PAKATAN RAKYAT kerana mereka mereka ini dsokong oleh rakyat melalui proses pilihanraya yang SAH pada 8 Mac 08' adakah mereka yakni UMNO terlupa bahasanya mereka telah ditolak oleh rakyat.
amat menduka citakan bahawa UMNo mengheret Istana iaitu Sultan Perak dalam kancah politik UMNO yang semakin tenat.UMNO tidak boleh berdiri sendiri disebabkan oleh sakit TUA yang terlampau.kalau benar Exco UMNO berkelayakan dan mempunyai sokongan yang padu daripada akar umbi ayuh mari diadakan pilihanraya yang mana biar rakyat menetukan siapa yang bertanggungjawap dan siapa yang pengkhianat.UMNO memang suka menggunakan KAMBING HITAM dalam setiap perbuatan keji yang dilakukan oleh Ahli Mereka.Lihat sahaja salah laku seks Rahim Thambi dimana orang yang dirogol sehingga sebelah putingnya terputus dipersalahkan dan yang merogol mendapat kepuasa IBLIS dan menjalani kehidupan sebagai ahli koprat.begitu juga dengan kes penipuan dan pecah amanah yang dilakukan oleh Mahatir dalam perwaja perwaja still.meragut segala keuntungan dalam perwaja still sehingga mengakibatkan syarikat tersebut hampir bankrup.tapi yang pelik dan ajaib walaupon dia mengistiharkan keluar daripada UMNO tapi ahli ahli tertinngi masih merujuk kepada si laknat tue.Mungkin didalam UMNO terlebih makan semut sampai nak mentadbir negara pon terpaksa meminta nasihat daripada si nyanyuk.pada hari ini lihat sahaja PAk Lah cuba memberikan seseluas yang mungkin kepada Sime Darby dan Air asia utk dibina satu lagi lapangan terbang Di Labu.adakah di KLIA dah muat.dan yang paling sensasi pada masa kini ialah pembunuhan warga mongolia Altantoya yang mana mangsa dibunuh dengan kejam dibom sampai bercerai anggota daripada badan.yang peliknya yang bersalah ditangkap yang tinggal kambing hitam.kalau ikut cerite ahmad albab dicarinya kambing dia yang hilang sampai jumpa mana tahu dapat jumpa JUN atau harta QARUN.Tak payah cakap semua orang tahu siapa yang buat.Bah kan mamat nie lah yang akan menerajui Negara sedangkan dia mempunyai satu penyakit yang serius dimana penyakit ini tiada ubat nya iaitu TB bukan batuk kering tapi TAKUT BINI.
Tapi mereka lupa pada hukum qada dan qadar daripada Allah.karma yang yang berikan kepada sesiapa yang mengingkari segala suruhan-Nya sesiapa yang menzalimi hamba-Nya,sesiapa yang mengkhianati hamba-Nya sesiapa yang memusuhi diri-Nya.kalau korang perasan atau tidak peristiwa yang satu ketika dahulu meragut nya seorang ulamak terkenal iaitu Ibrahim di perkampungan Mamali di Baling Kedah.segala perancang jahat dan laknat ini dirancang dengan teliti oleh seseorang yang membela nasib manusia pada hari ini iaitu Musa itam.Punya laknat dan cilaka nya Musa itam ini sanggup dia membuat percaturan jahat dan keji keatas penduduk di Mamali.peristiwa tembak menembak sehingga ada penduduk setempat terbunuh bersama sama Ustaz Ibrahim .dan korang tahu karma yang telah diperolhi oleh Musa itam di atas rancangan jahatnya.Pernah dengar Highland Tower yang telah mengorbankan ratusan nyawa dalam kejadian kondominium tanah runtuh.Maka Perancangan Allah lebih halus daripada manusia dan DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN DI MAKBULKAN OLEH ALLAH.Dengan kekuasaan Allah maka matilah segala keturunan Musa itam(anak lelaki,menantu dan cucu cucu) dalam kejadian tanah runtuh tersebut.
SIKAP SOMBONG TAKBUR DAN RIAK adalah sifat Allah kerana Allah adalah pencipta kepada manusia.Allah Boleh Memberi dan Boleh Mengambil kembali pemberian-Nya.Jika manusia mempunyai sikap dan sifat yang sedemikian samalah dia seperti Iblis dan Syaitan.
Maka kejadian di Perak bolehlah disamakan apa yang telah dilakukan oleh Musa Hitam di Mamali dan kejadian rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib adalah lebih kejam kerana melibatkan hak rakyat dan salah guna kuasa dalam melibatkan sultan dan membelakangkan Undang undang tubuh negeri Perak.Kenapa Najis beria ia sangat untuk mengambil alih Perak sedangkan kursi yang dimenangi BN adalah sama banyak PR 28-28 dan 3 calon bebas yang mempunyai maslah rasuah yang dicipta oleh UMNO sendiri.adakah orang yang dianggap perasuah oleh UMNO sendiri dan sedang menjalani proses undang undang dianggap tempat pelindung yang kukuh pada UMNO dan BN dan adakah sokongan yang diberikan oleh 2 yNG LOMPAT akan terselamat daripada hukuman rasuah jika memberikan taat setia kepada kepimpinan UMNO dan BN.TEPUK DADA TANYA IMAN.kalau 2 yaNG lompat tanya pada Najis mungkin ini jawapanya" Ajis tak kesah"perancangan yang dibuat oleh UMNO adalah teliti dan zalim.semua agensi yang penting dalam pentadbiran negara diletak kan Org Kuat UMNO.kalau badan kehakiman Ketua Hakim Negara letaknya bekas lawyer UMNO Ahmad Zakis,Kalau Polis yang satu ketika dahulu menjatuhkan ANuar ibrahimi iaitu Musa Hassang maka mana letaknya ketulusan yang di war warkan oleh Pak Lah.Maka diletakkan PR sebagai penderhaka dan adakah sembah derhaka itu membawa maksud yang nagetif.Korang patut tanya Isteri Ramly Zahari exco negeri Perak yang haram ini sebab di adalah salah seorang cikgu saster yang bagus.seorang guru yang dapat mengajar AHLI AHLI UMNO YANG BODOH GILER DALAM SASTERA AGAR DAPAT BERCAKAP DALAM BAHASA BANGSAWAN.UMNO TUE KALAU DAH BODOH SELALU BUAT PANDAI ,MALU BERTANYA KATAKAN.
setiap pengkhianatan kazaliman akan dibalas dalam perbuatan juga.UMNO KENE INGAT DOA ORANG MUKMIN DAN ORANG YANG DIZALIMI AKAN SNTIASA MENDAPAT KE MAKBULAN DARIPADA ALLAH.TIADA PERANCANGAN YANG SEHEBAT DARIPADA ALLAH.
YANG BAIK DATANGNYA DARIPADA ALLAH DAN SEGALA KEBURUKAN DATANGNYA DARIPADA NAJIB DAN UMNO

Monday, December 22, 2008

jangan berbicara mengenai hukum Allah kalau kita jahil Ugama




aku adalah sebahagian daripada umat Islam di Malaysia ingin meluahkan isi hati berkaitan dengan isu hukum hakam Islam.aku tak paham sekarang nie mudah benar orang kebanyakan iaitu orang bukan daripada golongan Ulamak bercakap.adakah mereka nie mempunyai latar belakang pendidikan berteraskan Islam.aku rase tidak.tapi dimana sekarang ini mudah daripada kempimpinan UMNO memunipulasikan Islam dalam menjaga kepentingan mereka.dalam AKIDAH ISLAM KALAU SALAH SATU HUKUM TELAH DI INGKARI MAKA BUKAN ISLM LAH IA.ini bukan masalah pengiraan matematik 2-1=1 maka kalau kita tolak hukum Allah seperti yang tekandung didalam Al Quran seperti cara pemakaian yang menutup aurat,hukum Hudud dan qisas di perlekehkan oleh UMNO mana akidah mereka telah hancor.Maka adakah ini adalah isu remeh bagi orang melayu yang kononnya menegakkan Islam. kita dapat lihat UMNO menjadikan Islam sebagai batu loncatan dengan mewujudkan Islam Hadhari.yang mana mereka memaklumkan ianya lebih maju,lebih advance yang mana lebih bersifat universal.tapi adakah mereka terfikir Islam yang Allah turunkan melalaui Para Nabi dan Rasul adalah yang sempurna dan sesuai dengan peredaran zaman.Al Quran adalah sebaik baik wahyu yang Allah turunkan merangkap seluruh kehidupan manusia.tapi kita agong agong kan keadilan yang dibawa oleh orang kafir seperti yahudi dan nasrani.kita anti kepada yahudi dan nasani tapi adakah kia sedar bahawa cara kehidupan seharian kita pada hari ini tidak ubah seperti mereka.cara perbankan pon ikut orang kafir.cara berfikiran seperti orang kafir secara libreral,cara menjatuhkan hukum ikut orang kafir dan memenjarakan tanpa dibicara adalah hukum daripada orang kafir. maka dimana Sistem pentadbiran Secara Islam yang digembargemburkan oleh UMNO yang Malaysia adalah Negara Islam.kita masih terikut ikut telunjuk orang kafir.KITA JAGAN SEMPITKAN ORANG KAFIR KEPADA INDIA DAN CINA SAHAJA.SKOP KAFIR MENYELURUH JIKA MENGINGKARI PERINTAH ALLAH DIA ADALAH KAFIR TERMASUKLAH MELAYU YANG MENOLAK HUKUM ALLAH JUGA ADALAH KAFIR. kita pada hari ini belajar sahaja tinggi tapi otak sempit.KITA LIHAT BANGSA ARAB KITA TELAH MENGATAKAN MEREKA ADALAH BERAGAMA ISLAM.maka disitu kita membuat pelbagai andaian yang konon nya Islam arab lagi dasyat cara pemakaian kalahkan orang kafir.TETAPI ADAKAH KITA TAHU ARAB ITU BERAGAMA ISLAM.MAKA ADA MENYATAKAN BAHAWA KALAU BANGGA DENGAN BANGSA MAKA SAMALAH KITA DENGAN BANGSA YAHUDI YANG MANA TERLALU MENGAGONGKAN BANGSA MEREKA.DAN DISINI DAPAT DISIMPULKAN BAHAWA UMNO MELAYU PON TAK JAUH BEZA DENGAN YAHUDI TERLALU BANGGAKAN BANGSA. kita pada hari ini mestilah selalu berjamaah kemasjid.belajar ilmu berkaiatan dengan Islam dengan selalu menghadiri kuliah kuliah yang dianjurkan di masjid masjid.ini adalah sebagai ganjaran dan amalan yang kita akan bawa ke akhirat.Kehidupan didunia ini pelbagai hasutan syaitan dan lagi satuJangan menuntut dengan Ustaz yang memperjuangkan UMNO sebab akidahnya dah hancus.bila kita menuntut Ilmu Ugama Islam maka terasa kerdillah lagi diri kita maka masalah kroni,makan suap,makan gaji buta,menjaga maruah sesama umat Islam dan sebaainya dapat dieratkan lagi dengan ini kita dapat memilih pemimpin yang sebenar benar yyang memperjuangkan islam

Sunday, December 21, 2008

"perhimpunan" SiApA yG menENtuKan IaNya Salah Atau tiDak



aku buka tv sebab dah lame tak tgk berita jam 8.aku pon buka siaran tv 3 dalam dok syok layan layan Musa Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan JERIT adalah salah satu sistem "democrazy" bukan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.malah polis telah menahan beberapa remaja dan kanak kanak dalam perhimpunan JERIT tersebut.aper yang memushkilkan aku siapa sebenarnya yang menetukan kesalahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia POLIS atau Mahkahmah yang menetukan.Aper yang aku belajar POLIS wujud disebabkan utk "menjaga"kentetaraman negara bukan menjatuhkan hukuman samada ianya salah atau tidak. Aper yang aku nak tekankan disini APA HAK MUSA HASSAN menyatakan perhimpunan tersebut mengamalkan sistem "democrazy".adakah Musa Ini betul betul memahami sistem demokrasi.dalam perlambagaan domokrasi rakyat berhak membuat satu bentuk demontrasi yang mana ianya tidak menggangu gugat keselamatan seluruh rakyat Malaysia.aku rase masa remaja dan bukan remaja ini mengayuh basikal orang lain boleh melakukan tugasan mereka seperti biasa, boleh makan seperti biasa,boleh bersolat di masjid seperti biasa dan dalam erti kata lain nutural dan tidak darurat.Itu adalah hak rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan.Hanya berbasikal bukan bawa senjata M -16.polis boleh menjalankan tugasan mereka tapi apa salah dan dosa kanak kanak utk mereka tangkap.adakah kanak kanak ini membaling objek kepada polis atau kepada sesiapa yang ada disitu.adakah kanak kanak ini merosakan harta benda awam sehinggakan mereka disoal siasat. Adakah dengan cara ini Skuad Musa Hassan nak tunjuk taring bahawasanya skuadnya hanya berani kepada remaja dan kanak kanak sahaja.banyak lagi jenayah yang harus dijaga oleh POLIS.aku bukan anti polis.Member aku pon banyak POLIS,bapak saudara aku pon POLIS.tapi disebabkan tindakan Musa Hassan menyebabkan Badan POLIS menjadi busuk.Untuk apa ditangkap kanak kanak tersebut.mereka pon ada hak untuk bersuara.mungkin ada daripada kalangan mereka adalah anak anak kepada tahanan ISA.bagi aku Musa Hassan tak heran kalau bapak dia HASSAN ditangkap dan dimasukkan ke ISA.ditahan tanpa dibicara.Hukum Islam mana yang menyatakan boleh menahan orang tanpa dibicara.ITU ADALAH HUKUM ORANG KAFIR.Perhimpunan demontrasi adalah baik untuk membentuk seorang remaja sayangkan kadaulatan agama dan negara.melahirkan pelapis yang berjiwa mahukan kemerdekaan.melahirkan pelapis yang mahukan kepimpinan yang bersih.Sebagai rakyat Malaysia mereka harus memahami undang undang.mereka harus belajar tentang undang undang kerana PEMIMPIN MALAYSIA YANG ADA SEKARANG sering menakutkan rakyat dengan undang undang mereka.MEREKA INI MENAFIKAN HAK RAKYAT DENGAN ENGGUNAKAN UNDANG UNDANG.MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA BUTA UNDANG UNDANG.MEREKA MENGGUNAKAN KUASA VIKTOR UNTUK MELUMPOHKAN RAKYAT YANG INGINKAN KEMERDEKAAN YANG SEBENAR BENARNYA.

Thursday, December 18, 2008

banyak memahami Al QURAN daripada merujuk kepada majalah yang tak berfaedah


aku memang malas nak baca majalah,bukan aper banyak sangat iklan isi kandung kureng.nampak jer tebal tapi pengisian tak der.aper yang pelik majalah megenai remaja tidak di tapis sebelum mencetak dan seterusnya berada dalam pasaran.kebanyaka majalah remaja menjurus kepada cinta ,permasalahan dengan boy atau girl ,mak bapak tak take care masalah yang tak sepatutnya di bicara secara terbuka.
bukan aku anti sosial tetapi aper yang jadi masalah pada aku yang banyak masalah yang mengadu cinta,masalah keluarga datangnya daripada masyarakat melayu.ish ish sedih aku tengok bagaimana orang yang berpegang kepada ajaran sekuler boleh melalaikan orang melayu yang kononnya Islam .orang yahudi dan nasrani akan cuba melalaikan umat Islam di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai helah.salah satu melemahkan hati mereka dengan cara bergaul tanpa batasan.hasutan syaitan selalunya menang bila mana manusia itu sendiri lupa kepada tuhan mereka yang satu Allah huakhbar.dalam majalah juga memperkenalkan fesyen fesyen baju yang agak keterlaluan seksi yang mana tidak sesuai kepada kita umat Islam.Tips tips bagaimana untuk menjadi pasangan sejoli dan yang tidak berkaitan sebelum kahwin amat amat menduka citakan sebab perkara seperti ini mengalakkan kita ke arah kemungkaran kemaksiatan dan akhir seali tejerumus kearah zina.
mungkin orang ingat aku berfikiran primatif.jika kita belajar majalah bagaimana cara membuat kek mungkin esok lusa kita akan beli barangan utk membuat kek dan seterusnya bancuh dan bakar kemudian jadilah ia kek.begitu lah kalau kita membaca majalah cinta atau bahan bacaan mengenai remaja sebelum berkahwin maka kita mahukan di belai sepertimana yang telah kita baca dan perkara ini akan membuatkan kita lalai sehingga berlakunya maksiat tanpa kita sedari atau tidak.Iblis sentiasa membisikan benda benda yang mana bleh menghumbankan kita kedalam api neraka.
tapi adakah kita fikir itu semua.kita hanya mementingkan keuntungan dengan hasil jualan majalah tersebut dan adakah kita terfikir kita teribat secara langsung menggalakkan remaja sekarang ke arah kemaksiatan.Kenapa kita tidak sahaja memperbanyakkan membaca Al Quran kerana didalamnya terdapat 1000 satu rahsia yang mana tidak kita ketahui.Manusia pada hari ini menyatakan Al Quran tidak releven digunakan sebagai rujukan pada hari ini kerana tidak selari dengan keadaan semasa...MasyaAllah..Di dalam Al Quran terdapat surah "Kemenangan"surah "taubah"mengenai cara "bersyukur"cara hidup "kesederhanaan"cara "kehidupan"secara menyeluruh.dalam Al Quran juga menceritakan bagaimana kite harus atau ciri ciri yang perlu ada dalam memilih suami dan isteri.semua yang terdapat didalam Al Quran adalah sepanjang zaman tapi adakah kita cuba memahami aper yang terkandung didalam Al Quran.Kita agong agongkan cara hidup orang kafir cara hidup selebriti cara kerja dan ciptaan mereka tetapi adakah kita terfikir bahawa ORANG KAFIR SEPERTI YAHUDI DAN NASRANI CUBA MEMAHAMI AL QURAN CUBA MENIRU CIPTAAN ORANG ISLAM CUBA MENIRU PERUBATAN ISLAM .mereka ini menggunakan ciptaan tersebut kejalan yang mungkar dan menghapuskan orang Islam.
Didalam Al Quran ada menyebut yahudi dan nasrani akan cuba melalaikan umat Islam dengan apa jua cara sekalipon.mereka juga cuba menjauhkan diri umat Islam daripada terus memahami isi kandungan Al Quran.mereka akan melambakkan kelalaian tanpa batasan kepada umat Islam.maka sebagai Umat Islam berhati hatilah dan dekatkan diri anda dengan Allah.jadilah manusia yang disayangi Allah dan jauhkan daripada segala larangan -Nya.

Monday, December 15, 2008

Hidup biaR aDer rAnTAian Dan KItaRaN




Aku Suker bila berbicara mengenai kehidupan.sebab kalau hidup tak campor masyarakat ibarat "katak dibawah Tempurung"dan kalau kata bidalan yang moden "ibarat hidup di kondominium"dua dua same.kalau katak takan nak samakan dengan manusia sebab Allah menjadikan manusia sebaik baik makhluk untuk menjadi khalifah dimuka bumi menjaga alam daripada kerosakan dan yang paling utama mengajak manusia supaya patuh segala perintah Allah.tapi kalau dari istilah kondominium boleh lah kita samakan dengan manusia kerana hanya manusia sahaja yang mampu memiliki sebuah kediaman mewah dan tersegam indah ader kolam renang ader pak guard ader parking berbayar pendek kata kalau setakat koje Gaji RM 3000 rentikan nak duduk kat sane.
Bukan pasai sewa atau ansuran rumah nak di bicarakan tapi bagaimana life style individu yang menginap disana yang maner kebanyakan 98%tak kenal jiran sebelah menyebelah.adakah ini sifat sebenar orang melayu pada hari ini yang mane berpegang pada prinsip "hal engkau kau punyer pasal dan hal aku aku punyer pasal"dimane silapnya kita pada hari ini masyarakat melayu kurang mengamalkan sikap "tidak menjaga tepi kain orang".jaga tepi kain orang bagi aku bukan nyer "kepo"tapi banyak manafaat kite perolehi sebagai contoh jika jiran kita balik kampong jiran sebelah dok bertanye,jika rumah masuk pencuri boleh terus telipon polis.lagi satu ia juga dapat meyelamatkan anak anak daripada menjadi mangsa najis dadah.mula mula hisap rokok,lepas tu hisap ganja dah taktau nak stim camner ambik jarum dia cucuk sana dia cucuk sini.kalu dari mula orang sekeliling kita jaga tepi kain mungkin gejala ini dapat dikurangkan.macam aku zaman sekolah dulu agak nakal sikit aku belasah budak,hisap rokok ponteng klass ponteng trainning rugby tapi diatas tindakan segera "jaga tepi kain aku"cikgu cikgu dengan meeport kat bapak aku dan di belasah aku sekarang bersyukur pada Allah kerana masih ader orang ambik berat kat aku.dan sekarang aku berterima kasih sangat sangat kat cikgu atas sikap diaorang walaupon aku dirotan dibelasah masa perhimpunan tapi sikit pon aku tak simpan dendam.bukan macam pelajar sekarang muka jer baik tapi perangai macam setan.ader patut cikgu bertembung dengan murid cikgu yang mengelak.aper lagi makin naik kepala ler budak budak muda sekarang nie.mungkin sebab asuhan bapak diaorang yang menyebabkan jadi macam tue.dan lagi satu bile cikgu rotan mak bapak masuk campor.aku rase mak bapak yang masuk campor sampai report report polis nia deme rase anak deme baik macam deme mase sekolah dulu.mak bapak sharusnya tidak terus menyerang guru dulu periksa terlebih dahulu.ya mungkin anak diaorang baik tapi baik kat rumah jer tapi kat luar macam setan.Anak muda sekarang tak ader perasaan malu.aku dulu mase time nak sign report card mati hidup balik bapak aku tak datang dah tentu berjele cikgu akan cakap tentang aku kat sekolah.dan mase tue aku tahu aku nie memang banyak buat salah dan silap.korang tak malu ker member aku yang dapat corot pon mak bapak dia datang dan yang aku duduk class rancangan khas pon bapak malu nak datang semuanya sebab aku.aku akui IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARIPADA AYAH YANG BERTAQWA dan sekarang aku cuba memperkemaskan kembali diri aku dengan cuba mendekatkan diri dengan Allah.aku dapat rasekan kedaiman yang aku cari cari selama ini walaupon kadang kadang kesibukan aku membataskan program yang aku cube aturkan.
aku lihat pada hari ini kehidupan memang betui betui berubah.anak anak sekolah tak kira ren @ men masing masing ader hand phone.bagi mak bapak bagi memudahkan memantau anak anak mereka tapi sebenarnya mereka silap.kesilapan yang besar sebab teknologi yang canggih akan menyebabkan kerosakan akhlak tanpa kite sedari.dan dengan mase yang same anak anak ini mula belajar menipu bila mak bapak call cakap kat library pada hal entah kemana menjoli katak.memang tak der hp pon anak anak boleh menipu tapi dengan cara lain tapi dengan adenyer hp lagi mudah menipu dengan melibatkan kawan kawan yang sekepala penipu.dan amat menyedihkan lagi ianya menjurus kepada masalah sosial bertambah tambah dengan kepandaian anak anak muda mendownload cerite cerite orang "miskin" dan paling membimbangkan mendorong anak anak sekolah "bercinte" sebelum waktunye.ini sebenarnya mak bapak patut pikirkan sebelum mengangap ianya adalah satu sistem komunikasi bagi memudahkan mereka memantau anak anak yang jauh dimata.Aku sendiri pakai hp pada tahun 1998 dan talifon pertama aku jenama segam.dan aper yang aku nak tekankan disini bukan mak bapak aku yang belikan tapi aku puas sebab aku gunakan duit aku sendiri dengan cara bekerja semasa menunggu keputusan SPM.aku memang diajar oleh bapak aku kalau nak aper kamu cari sendiri.dan sebagai anak laki aku patut menyahut cabaran dan aku telah buktikan sehingga sekarang.maka kalau aku dalam keadaan macamana sekali pon aku boleh servivor InsayaAllah.aku tak kisah kalau mak bapak diaorang datang daripada keturunan kaya.dan aku tak kisah kalau diaorang nak perhabis duit diaorang kat anak anak mereka tapi diaorang kene kisah kalau anak anak diaorang tak reti "berdikari" dan terlalu mangharapkan "subsidi."kepada mak bapak dan masyarakat semua kita diajar hidup bermasyarakat dan bukan diajar cara hidup komunis.dan jangan salahkan masyarakat sekeliling jika ader yang mengadu mengenai anak atau keluarga kite.sebab hidup yang bercampor masyarakat Isyallah dapat meburangkan masalah sosial dan aku nak pesan juga kepada masyarakat kita jaga tepi kain orang dengan tujuan yang baik untuk mencegah kemungkaran bukan jaga tepi kain dengan niat utuk memburukan orang dan membuat aniaya orang lain

Sunday, December 14, 2008

BiLa MaNusIa MeLAwAn FikRah AllaH



kecoh sebelum hari Raye Aildiladha lagi isu kes tanah runtuh kat bukit antarabangsa.dalam waktu itu mulalah episod tunding jari antara jabatan A dengan jabatan B sampailah ke jabatan Z.yang paling menyeronokakan melihat kebodohan jawapan daripada Jabatan yang terlibat yang ringkas simple kenapa tidak diambil pengajaran daripada keruntuhan highland Tower.dan dan tue lah isu tersebut menjadi jarak pengukur di sebabkan bencana yang diklasfikasikan oleh orang yang tidak beriman sebagai bencana alam.
Dalam ayat Al Quran Allah ada menyembutkan dalam firman Nya "Aku menjadikan gunung ganang bukit bukau sebagai pasak(paku) bumi" maka dalam kes yang sedemikian kita tidak boleh disklafikasikan sebagai bencana alam kerana ianya adalah BALA yang diturunkan oleh Allah bagi menyedarkan makhlukNya diatas kerosakan dan kerakusan yang telah dilakukan oleh mereka.dalam hal yang sedemikian banyak perkara yang perlu diambil iktibar.aku tertarik dengan kritikan yang diberikan oleh pengacara nasi lemak kopi o saudari Mek diatas keterbukaan kritikan diatas kejadian yang berlaku di bukit antarabangsa.dia menyatakan bahawa rumah yang dibina terlalu mewah tapi sayang sekali rumah ibadah yang terdapat dibukit antarabangsa hanya sebesar posh kereta.ini bukan direka oleh dia tetapi itulah hakikat nya kenapa dia berpindah daripada kawasan bukit antarabangsa.
Allah menjadikan bukit gunung ganang selaian daripada menjadi pasak bumi ianya bertujuan sebagai satu kawasan tadahan hujan,sebagai penghalang daripada berlakunya ribut taufan puting beliung.Lihat sahaja di gurun gurun luas terbentang bagaimana angin ribut taufan begitu kuat sehingga boleh menggangkat apa saja .maka bila manusia sudah membelakangkan apa yang tertulis dalam Al Quran dan mengikut nafsu dan logik akal maka manusia pada hari ini saling tidak tumpah seperti Firaun yang mana menidakkan kewujudan Allah
Ape yang meyedihkan lagi semasa isu tanah runtuh ini,penduduk di bukit antarabangsa ini menyalahkan pelbagai pihak termasuk polis dan askar yang banyak membantu mereka.ada yang tidak mahu berpindah kerana takut harta benda mereka di curi,ada yang tidak mahu berpindah kerana rumah yang di bina jutaan ringgit,dan ada yang tidak mahu berpindah sebab tidak mahu menumpang tidur di tempat pemindahan sementara.ape yang aku ingin nyatakan disini mereka ini semua nya lupa daratan dan hati mereka menjadi gelap disebabkan mata dan otak mereka lebih memikirkan harta benda.aku tahu mereka yang tinggal di bukit antara bangsa memang orang kaya datuk datuk tan sri tan sri. tapi kalu mereka selalu mengingati Allah mereka harus berasa bersyukur kerana nyawa mereka tidak melayang dan mereka juga dijaga dan diberikan bantuan secukupnya.Jika kejadian seumpama berlaku di sri gombak,bukit beruntung ker atau kawasan kawasan pendalaman adakah polis dan askar bertungkus lumus membuat jambatan membuat kad @ pas sementara dan membuat rondaan bagi menjaga harta benda.jwapan nya YA JIKA KAWASAN TERSEBUT DIPENGHUNI OLEH DATO' DATO' DAN TAN SRI TAN SRI.
Antara percaya atau tidak BALA yang Allah turunkan ini adalah daripada sumpah laknat yang di buat oleh Saiful Bukhari n Famili.maka sumpahan yang dibuat mungkin telah termakan tuan dimana 40 buah rumah utara,barat, timur , selatan akan ditimpa KECELAKAAN.ini bukan cerita dongeng atau sengaja direka reka tapi itulah BUKTI KEKUASAAN DAN KEASAAN ALLAH.kepada penghuni bukit antarabangsa aku mengucapkan takziah.tapi dalam aper yang berlaku ini adalah hikmah.kita renong kembali diri kita.lihat dimana salah dan silapnya cara hidup kita yang mana selama ini Halal tau sebaliknya.kita harus bersyukur kerana Allah masih sayang kepada kita dan sedar diatas tindak tanduk yang telah kita lakukan selama ini.